Sesi Pengujian Kualiti Liputan Komunikasi di Kawasan Pelancongan Sepilok, Sandakan, Sabah

YB Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turun menjalankan sesi ujian kualiti liputan komunikasi di kawasan pelancongan Sepilok, Sandakan.

Masih terdapat beberapa lokasi mempunyai liputan yang lemah. Justeru, penyedia rangkaian seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL dan TM Tech diminta mengambil tindakan segera menambah baik liputan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Turut diadakan sesi libat urus bersama pusat pelancongan utama di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Sabah bagi memperkasa industri pelancongan dengan capaian komunikasi yang lebih baik.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow