Follow

KESELAMATAN DALAM TALIAN
DI MALAYSIA

Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) menetapkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh perkhidmatan dalam talian bagi menangani kandungan memudaratkan.

Skala Kemudaratan Dalam Talian



880,000

880,000

Fail CSAM yang dirampas 2025
Sumber: Polis Diraja Malaysia
RM2.7 billion

RM2.7 billion

Kerugian akibat scam dalam talian 2025
Sumber: Polis Diraja Malaysia
38,470

38,470

Kandungan berkaitan buli dan gangguan yang telah diturunkan
2022–2025

Sumber: MCMC
67,735

67,735

Kes penipuan dalam talian dilaporkan
Jan–Nov 2025

Sumber: Polis Diraja Malaysia


Bagaimana Rakyat Malaysia Dilindungi

ONSA mempertingkatkan keselamatan dalam talian dengan memperincikan kewajipan dan tanggungjawab pemberi perkhidmatan berlesen.


Pengurangan Pendedahan kepada Kandungan Memudaratkan

Pemberi Perkhidmatan Berlesen diwajibkan melaksanakan langkah-langkah sebagaimana yang dinyatakan dalam kod untuk mengurangkan risiko pengguna didedahkan kepada kandungan memudaratkan.

Mekanisme Pelaporan Kandungan Memudaratkan yang Mudah Diakses

Pemberi perkhidmatan berlesen diwajibkan menyediakan mekanisme yang membolehkan pengguna membuat laporan berkenaan apa-apa kandungan yang dipercayai memudaratkan.

Akses kepada Pelaporan dan Sokongan yang Lebih Mudah

Memudahkan pengguna untuk melaporkan kandungan memudaratkan dan mendapatkan bantuan.

Persekitaran Dalam Talian yang Lebih Selamat untuk Kanak-kanak

Pemberi Perkhidmatan Berlesen diwajibkan melaksanakan langkah-langkah perlindungan sebagaimana yang dinyatakan dalam kod untuk memastikan penggunaan selamat perhidmatannya oleh pengguna kanak-kanak.



Jenis Kandungan yang Boleh Dilaporkan di Bawah ONSA



Bahan Penganiayaan Seksual Kanak-kanak (CSAM)

Bahan Penganiayaan Seksual Kanak-kanak (CSAM)

Kandungan yang menggambarkan atau mempromosikan penderaan atau eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.

*Kandungan memudaratkan prioriti

Fraud Kewangan & Scam

Fraud Kewangan & Scam

Kandungan yang memperdaya pengguna demi keuntungan.

*Kandungan memudaratkan prioriti

Kandungan Lucah & Jijik

Kandungan Lucah & Jijik

Kandungan yang menyinggung kesopanan atau kesusilaan melalui gambaran yang bersifat eksplisit.

Kandungan Sumbang

Kandungan Sumbang

Kandungan yang melanggar norma masyarakat atau budaya yang diterima umum.

Kandungan Berbentuk Gangguan atau Menghina

Kandungan Berbentuk Gangguan atau Menghina

Kandungan yang mengancam, menakut-nakutkan, atau menyebabkan tekanan, keresahan atau ketakutan.

Keganasan atau Kandungan Terorisme

Keganasan atau Kandungan Terorisme

Kandungan yang boleh mengapi-apikan keganasan atau terorisme.

Kandungan yang Menjurus kepada Perbuatan Memudaratkan Diri

Kandungan yang Menjurus kepada Perbuatan Memudaratkan Diri

Kandungan yang menggalakkan atau menormalisasikan perbuatan mencederakan diri, khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Kandungan yang Menghasut Kebencian

Kandungan yang Menghasut Kebencian

Kandungan yang berupaya mencetuskan niat jahat, menimbulkan kebencian, atau mengganggu ketenteraman serta keharmonian awam.

Promosi Bahan Terlarang

Promosi Bahan Terlarang

Kandungan yang menggalakkan penggunaan atau penjualan dadah berbahaya.





Maklumat untuk Pemberi Perkhidmatan Berlesen