ONSA menetapkan tanggungjawab penyedia perkhidmatan dan perkhidmatan yang terlibat untuk memastikan keselamatan dalam talian.
Melaksanakan langkah-langkah bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada kandungan berbahaya
Mengeluarkan garis panduan kepada pengguna
Membolehkan pengguna mengurus keselamatan dalam talian
Menyediakan mekanisme pelaporan kandungan berbahaya
Menyediakan mekanisme bantuan kepada pengguna
Melindungi keselamatan pengguna kanak-kanak
Menyediakan mekanisme untuk menjadikan kandungan berbahaya keutamaan tidak boleh diakses
Menyediakan Pelan Keselamatan Dalam Talian (Online Safety Plan)
Rangka Kerja Pelesenan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) - Mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti yang boleh dilesenkan di bawah lesen individu atau lesen kelas hendaklah memiliki lesen yang sah di bawah AKM 1998.
Rangka Kerja Pelesenan Sedia Ada bagi Perkhidmatan Pesanan Internet dan Media Sosial – Pemberi perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta (8 juta) atau lebih pengguna di Malaysia adalah tertakluk kepada rangka kerja pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025, selaras dengan Subperaturan 30(1)(ia) dan (ib) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) 2000.
Perkhidmatan Pesanan Internet – Perkhidmatan pesanan Internet merujuk kepada perkhidmatan aplikasi yang menggunakan perkhidmatan capaian Internet dan membolehkan pengguna berkomunikasi dalam apa-apa bentuk mesej dengan pengguna lain.
Perkhidmatan Media Sosial - Perkhidmatan media sosial merujuk kepada perkhidmatan aplikasi yang menggunakan perkhidmatan capaian Internet dan membolehkan dua orang atau lebih pengguna mencipta, memuat naik, berkongsi, menyebarkan atau mengubah kandungan.