MCMC menyokong pendekatan neutral teknologi dalam pelaksanaan langkah keselamatan dalam talian. Ini bermaksud platform boleh menggunakan kaedah teknikal yang berbeza untuk melaksanakan mekanisme keselamatan, termasuk pengesahan umur.
Walau bagaimanapun, sebarang mekanisme pengesahan umur yang dilaksanakan perlu mematuhi keperluan undang-undang dan kawal selia Malaysia, termasuk penggunaan kaedah pengesahan berdasarkan rekod atau dokumen yang dikeluarkan oleh kerajaan apabila diperlukan.
Platform juga perlu memastikan langkah yang dilaksanakan adalah berkesan, bersesuaian serta mematuhi undang-undang dan standard Malaysia berkaitan keselamatan pengguna, privasi dan perlindungan data.
Pengguna disarankan untuk merujuk kepada maklumat dan panduan yang disediakan oleh platform masing-masing mengenai proses pengesahan yang mungkin diperlukan.
Pengguna tidak perlu bimbang kerana setiap langkah yang diperkenalkan dijangka mengambil kira aspek penting seperti privasi, keselamatan dan perlindungan pengguna, selaras dengan keperluan undang-undang Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Soalan-soalan Lazim (FAQ) seperti yang tertera di bawah.