Kandungan Berkaitan
Gangguan spektrum berlaku apabila isyarat frekuensi radio yang tidak dikehendaki mengganggu atau menjejaskan prestasi perkhidmatan komunikasi seperti rangkaian mudah alih, penyiaran atau komunikasi tanpa wayar. Gangguan ini boleh menjejaskan kualiti, kestabilan dan ketersediaan perkhidmatan kepada pengguna.
Sekiranya berlaku gangguan spektrum, anda boleh mengemukakan aduan Gangguan Frekuensi Radio (RFI) kepada MCMC selaras dengan Seksyen 69 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
BAGAIMANA MELAPORKAN GANGGUAN SPEKTRUM
Sila pilih saluran yang sesuai berdasarkan kategori pengguna anda.
| Langkah |
UNTUK BUKAN PEMEGANG PENGUNTUKAN
(Tidak Termasuk Jalur Frekuensi Penguntukan Kelas) |
UNTUK PEMEGANG PENGUNTUKAN |
| 1 |
Hantar aduan RFI melalui Portal Aduan (CRP)
https://aduan.mcmc.gov.my |
Hantar kes RFI melalui Sistem Pengurusan Kes Spektrum (SCMS)
https://scms.mcmc.gov.my |
| 2 |
Pilih kategori berikut:
Telecommunication Matters → MCMC Provision → Spectrum Interference. |
Pilih jenis permohonan:
- Aduan Gangguan Frekuensi Radio (RFI).
- Permohonan Pengimbasan RFI (untuk Agensi Kerajaan sahaja).
- Permohonan Analisis Teknikal (TA).
|
| 3 |
Terima ID Aduan untuk tujuan semakan status aduan. |
Terima Nombor Kes untuk tujuan semakan status permohonan. |
NOTA PENTING
Selaras dengan Penguntukan Kelas No. 2 Tahun 2025 yang dikeluarkan oleh MCMC pada 24 Jun 2025, Klausa 3 (Perlindungan) memperuntukkan bahawa peranti yang beroperasi di bawah Penguntukan Kelas tidak diberikan perlindungan daripada sebarang gangguan frekuensi radio.
Agensi Kerajaan yang memerlukan bantuan teknikal daripada MCMC bagi menjalankan pengimbasan RFI hendaklah mengemukakan Permohonan Pengimbasan RFI melalui Sistem Pengurusan Kes Spektrum (SCMS).
Sila rujuk Garis Panduan Penghantaran Aduan Gangguan Frekuensi Radio (RFI) di bawah untuk maklumat lanjut.
Garis Panduan Penghantaran Aduan Gangguan Frekuensi Radio (RFI)
UNTUK BANTUAN, SILA HUBUNGI KAMI
|
CRP (Portal Aduan)
📞 1800-188-030
|
SCMS
|