Laman Sesawang Rasmi bagi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
MY
EN
Carian
Carian:
MY
EN
Carian:
Carian
HOME
MENGENAI KAMI
SEJARAH
VISI & MISI
AHLI-AHLI SURUHANJAYA
TANGGUNGJAWAB KAMI
KOMITMEN KAMI
LAPORAN TAHUNAN
SEKTOR
JALUR LEBAR
PERKHIDMATAN MUDAH ALIH
PERKHIDMATAN TALIAN TETAP
SATELIT
PENYIARAN
POS DAN KURIER
TANDATANGAN DIGITAL
PERDAGANGAN STRATEGIK
PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT
PERUNDANGAN
PERUNDANGAN
INSTRUMEN UNDANG-UNDANG
RESOLUSI PERSELISIHAN
BUKU DAFTAR
PUSAT MEDIA
BERITA RASMI
SISIPAN BERITA
PENGUMUMAN
GALERI FOTO
GALERI VIDEO
AKADEMI
KERJAYA
HUBUNGI KAMI
IBU PEJABAT
PEJABAT NEGERI
DIREKTORI
MAKLUMBALAS PENGALAMAN LAMAN WEB
KnowledgeHub
Integriti
Tahukah anda?
Aduan MCMC
Consumer
Licensee
Ikuti SKMM di Laman Sosial
Pusat Media
Laman Utama
Pusat Media
Sisipan Berita
Pusat Internet 1Malaysia Pastikan Penduduk Linggi Terhubung
Sisipan Berita
Pusat Media
Pusat Internet 1Malaysia Pastikan Penduduk Linggi Terhubung
15 Mac 2015, bernama
LINGGI, 15 Mac (Bernama) -- Penduduk di Mukim Linggi, Port Dickson kini dapat menikmati kemudahan jalur lebar dengan terbinanya Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang dijayakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
PI1M dilaksanakan oleh MCMC di bawah Program Pemberi Perkhidmatan Sejagat atau lebih dikenali sebagai USP. Fokus PI1M adalah untuk memberi perkhidmatan capaian internet secara kolektif kepada masyarakat setempat di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan.
PI1M di Mukim Linggi merupakan pusat yang pertama dibangunkan di daerah Port Dickson. Jumlah keseluruhan PI1M yang telah dibangunkan di Negeri Sembilan ialah 28 pusat setakat 15 Februari 2015. MCMC akan terus memantau pusat yang masih dalam pembinaan untuk memastikan rakyat Malaysia di kawasan luar bandar terhubung dengan kemudahan jalur lebar.
Kewujudan PI1M membolehkan masyarakat luar bandar memperoleh kemudahan yang sama taraf seperti di bandar. Ini kerana PI1M dilengkapi dengan sambungan internet jalur lebar berkelajuan sekurang-kurangnya 4 megabit sesaat (Mbps) dan perkakasan IT yang terkini. PI1M menyediakan akses kepada komuniti luar bandar dengan memberi pendedahan teknologi ICT kepada penduduk luar bandar dan seterusnya dapat membantu mereka untuk memanfaatkan kemudahan internet untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Muhammad bin Haji Hasan. Ketua Pegawai Pembangunan Industri MCMC,
Dato' Mohd Ali Hanafiah
juga turut hadir bersama-sama wakil-wakil dari MCMC dan Jabatan Kerajaan peringkat negeri dan daerah, syarikat perkhidmatan komunikasi, ketua-ketua kampung, JKKK dan komuniti setempat dari Mukim Linggi.
Kembali
Cetak
Kongsi artikel ini
Awam
Membuat Aduan
Masalah Kandungan Dalam Talian
Bagaimana untuk membuat aduan anda
Notis Perolehan
Soalan Lazim
Logo MCMC
Industri
Permohonan Lesen
Buku Daftar
Spektrum
Communications Equipment
Certifying Agency
Trial, Experiment and Demonstration (TED)
Grants
E-Borang
Sumber
Penerbitan
Industri
Statistik
Penyenaraian
Garis Panduan
Pautan Pantas
Portal E-Payment
MyCOMMS
NUR Alert
Amateur Radio Operator Certification
Borang aduan tingkah laku anti-persaingan
Terus berhubungan dengan MCMC
Melanggan surat berita kami dan dapatkan berita terkini dan kemas kini.
Email:
Follow